Wednesday 26 December 2012

Summary of 2012 !

"Kita kena bersyukur dengan apa yang kita ada".

 Semua orang salu cakap ayat ni dan semua orang selalu dengar ayat ni...
Ni la summary untuk aku tahun 2012 ni :) tehee...

Awal tahun 2012 aku keje sbg analyst programmer kt ippm penjara kajang. 
Kerja aku duduk depan lappy then tunggu panggilan dari semua penjara dkt malaysia.
Dengar masalah dorang psl komputer, psl sistem penjara. Pehtu tlg dorg.
Selain tu aku kena jaga database banduan, dan upgrade sistem dkt penjara tuh.
Banyak aku blaja pasal IT tp hati aku nih konon nya tak gembira kerja dekat situ.
Hari-hari duduk depan lappy tak gerak2. Kawan2 pun tak serasi sangt ngn aku. 
Yer la ak 10 thn lg muda dr dorng! konon nyer... hihi

Sepanjang aku kerja, hari2 aku mintak dgn tuhan ganti kan kerja ak dgn sesuatu y seronok.
Yg boleh aku bergaul dengan raaaaaamai orang ! 
Yang aku kerja sampai aku rasa penat sbb berjalan sana-sini. haha

Ingat tuhan makbulkan doa kita tau! tuhan maha mendengar :P

Akhirnya aku berenti kerja dkt kajang tuh sbb tak tahan dgn kebosanan,
Tak disangka blk pontian ak pergi la kilang dpn uma ni. 
Niat hati nak keje sementara je tp dapat position engineer plak. jd la keje tetap ak.

Banyak yg aku blaja kat sini. dan yang penting sentiasa bergerak kesana kesini hooo!
macam-macam orng aku jumpa!
Tapi aku tak bole nak menyesal sbb aku y mintak nak semua ni dulu. haha
ni lah hikmat tuhan utk aku. Tuhan suruh aku blaja bersyukur. hehe

So tahun 2013 nnti, aku nak ubah diri, nak buang tabiat tak elok.
Lepas tuh prepare diri utk sesuatu yg baru lg ! yaw! :D

"With the confidence that will be developed in earlier 2013, I have to be patient and prepare enough for myself before take any step , eventuality at the end of year 2013 " 
- sikuen@facebook.com


Tuesday 20 November 2012

Baby!

Aku dapat anak sedare baru..... name die Aidid ! ;)
Hero kecik nih kluar dari perut mak die jam 4 petang , 7hb November, hari Rabuuu....

Sebab die kluar lambat sikit , jadi budak bertuah ni dh bjaya buat ak balik keje jalan kaki maghrib2. Nasib baik laa di tgh2 jln ada rakan sekerja tolong tumpangkan.  -.- 


tapi takpe aku tak kesah sbb aku kan mak sedara yg baik. ;)







Macam muka aku kannn ? kehkehkeh... Okbai!

Sunday 11 November 2012

GRADUATED !

Setelah setahun, hari yang ditunggu-tunggu pun tiba! Teng to my mum, my dad, my brother n kwn2.
 Btw, congratz to dutdut, zifa, hana yang sama-sama bergraduasi! :)

Banyak perkara yang kita lalui bersama, pahit, manis..... cewahhh! rindunya zaman buang-buang masa dulu. hahah Tengs kt korng sbb setia bersama aku. hiarghhhh!

Ouh tahniah jugak kawan-kawan lain yang sama-sama bergraduasi.
 Lupa kan y pahit , ambil y manis. Nanti kita dah tua, kalau terjumpa, panggil-panggil lah aku. nnti ak blanje korg mnum kopi ;)) tehee....






Ok now,
Cita-cita nak konvo, nak pegang sijil sarjana muda dah tercapai.... Alhamdullilah.


Next Target :
syttt...




Nukilan ; Ecah Sikuen

Saturday 10 November 2012

INTRO

Hi selamat petang semua! :)
11/11/2012 tarikh keramat dimana kembali nya semula coretan saya di kertas maya ini. 

So, ape cerita aku sekarang?
Untuk yg tidak tahu, aku skrang tgh kekenyangan selepas puas melantak 2 pinggan nasi minyak, sumbangan dari kenduri kawin kat kg sebelah. blurp! 
Sekarang aku duduk di rumah pama dekat pontian, johor. Untuk tidak menyakit kan mata mereka, bekerjalah ak sbg QC Engineer dekat kilang depan umah aku nih. Dari rumah nak ke kilang 5 minit jeee. teheee.....

Dulu aku kerja dekat keyel tp aku dah berenti atas sebab personal problem :P

Pandai ke jadi Engineer?
Susah,susah, susahhhhh........  ini lah yg aku akan cakap selama aku kat sini. haha
Nasib baik la ada 2 orang superman yang galak memberi tunjuk ajar dan mnyelamatkan ak dalam kesusahan. hohoho



Dua org superman nih salu je ada y tak kena :P tapi malas aku masuk cmpur hal dorang. hahah


Btw, kt sini tiap-tiap hari nampak monster. Tiap-tiap hari jugak kena jd monster sbb tiap-tiap hari kena layan monster.  
JOB MISSION : "Sape y lemah, stay dekat tapak monster aku!" hahah just kidding :P


Da kawin?
Ouh dulu aku penah kata kan aku nak kawin usia 22 tahun. Tapi sayang impian tak tercapai. nak wat cane. Apa y berlaku, apa y terjadi tuhan yang tentu kan. Skrang aku dah single balik dan aku masih mengharap tuhan perkenan kan niat hati aku nih nak berkahwin pada usia muda. :)

Lagi?
Next post la plak ;) Okbai!


Nukilan : Ecah Sikuen   



Saturday 14 July 2012

Selamat Hari jadi !

Ouh tak sangka dapat banyak wish besday hari nih . haha

Semuanya sebab fesbuk :
Ok mula-mula aku suka-suka sebelum tidur smalam ubah tarikh besday, dgn harapan esok nak tgk brapa org y tertipu.

Pagi tadi tgk wall fesbuk, wah 10 org je y wish. Maknanya dorng tahu la aku tipu je.

Tapi....

Masa semakin berlalu, dan bila malam aku buka fesbuk, masih ada yg mengucap selamat hari jadi.

Dan.....

Aku mula rasa bersalah sebb menipu. *sigh

Friday 13 July 2012

Muhasabah diri

Actually, kita mmg belajar dr pengalaman. Setiap masa pun manusia akan sentiasa berubah. ;)
Mula-mula ikut jln lurus, sadar-sadar sudah menyimpang. hurm.


Btw, gosip hari nih, org kata akhirnya dia mengalah dan kalah. Tapi sbenar nya org tak tahu ak y beralah dulu baru dia mengalah. Jadi aku diam saja sebelum kepala aku y kena hentak dkt dinding. haha tp syukur sebab ak beralah, dia pun mengalah dgn y lain. No winner n No loser. 


Lebih baik begitu dr selangkah kaki nk masuk syurga, ad y panggil minta tanggung dosa.Bahaya seyh! minta Allah jauh kan. Dosa dengn Allah senang nak minta ampun sbb dia maha pengampun tp dosa dgn manusia? 


Ok tutup cerita tuh, jum bce tazkirah y aku jumpa dkt fb. tp dah edit2 skit lah kasi pendek skit ;) 


***************************

Adakah anda tahu apa itu istidraj?


Istidraj adalah apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya.


Biasanya, manusia yang mendapat istidraj ini adalah mereka yang tidak berusaha menjaga hati menjalankan rukun islam dan rukun iman. 

Maka jangan gusar bila tidak berjaya. Cuba lagi. Hubungan keimanan anda dengan ALLAH itulah yang pertama sekali perlu anda perhatikan. Jika anda berjaya membina hubungan keimanan yang baik, insyaALLAH, datanglah badai apa sekalipun, anda akan mampu melaluinya.

“ Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya? Tetapi HambaKu yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkanNya syurga, maka AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya”

Nah, jangan anda kecewa bila diuji, tidak berjaya di dalam peperiksaan walau sudah study, gagal dalam perniagaan walau kemas menyusun strategi, Itu semua adalah sebahagian dari ujian ALLAH. ALLAH menguji hanya untuk mereka yang dikasihi. Bukankah ALLAH SWT ada berfirman,

“ Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?…”

Maka sebenarnya, bila hidup kita digegarkan dengan masalah, hendaklah kita rasa bersyukur. Tandanya, ALLAH masih lagi dekat dengan kita. Ujian adalah tanda kasih sayang dan perhatianNya kepada kita.


Mari kita sama-sama duduk, dan bermuhasabah semula.


***********************

Sunday 27 May 2012

JFL 4454






Ini kereta pertama aku, hadiah dari abah! ;)
Dapat last year, bulan november. Jadi aku pkai kereta nih dah 9 bulan. hak2.

Bohong la kan kalau aku kata tak sayang kereta nih. JFL4454 nih walaupun klassik tp kalau dibandingkan dgn kereta lain, dia mcm ada 'seri'nya sendiri. mesti timbul rasa syg bila tgk lama-lama. aish!

Btw, selain dr org, jembalang pun suka tumpang naik kereta nih tanpa diundang. haha #okitutipu 

Kete nih actually dah dipotong springnya. jd lowered lah. kalau naek ramai-ramai, mmg tak selesa dowh! Tp bila naik berdua, selesa jer. hehehe <3

Yang jadi tension dgn kereta nih, mase dkt keyel dulu takde la die bnyak masalah punn. tapi bila blk johor nih, mula la nak repair sana repair sini. Mungkin sbb dekat keyel dulu hard used, tp kat johor less used. Tuh y rosak2 tuh muncul2 bila nak gerak tempat jauh-jauh skit. Lg satu, kete lowered nih cantek je lebih.,,, tp bnyak ngundang rosak sana sini. *sigh

Bila rosak je aku mula fikir nak tukar. Tapi mcm tak sampai hati sbb tuh abah y beli kan. Tp abah ok je, ak dah tanya die hari tuh ;)

Berangan-berangan jugak, konon nak tukar preevee...tp mahal sial. Nanti kete je lawa tp tak bergerak sbb tak ckup duit nak isi minyak. hak3. Jd aku tukar la angan-angan nak beli kereta y murah sikit. y penting tak lowered :P Ape-ape hal pun kena tunggu slip gaji bulan tiga!

Ok nnti sudah sampai masa baru tgk kereta apa y gantikan dia ! pakai dua-dua kereta pun boleyy. keh3 berangan je lebeyh ak nih ;P okchaw~!